Petikan Titah

Masih dalam percubaan..

Selasa, September 28, 2010

Lawatan Kerja

Khamis, 23hb September 2010 - Setiausaha Tetap Bahagian Tenaga Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Awang Haji Matsatejo Sokiaw telah membuat lawatan rasmi ke Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Setelah diberi taklimat mengenai dengan perkembangan terkini di Ibu Pejabat Perkhidmatan Elektrik, Yang Mulia Setiausaha Tetap telah membuat lawatan ke Stesen Janakuasa Gadong II dan stesen-stesen yang lain, diiringi oleh Yang Mulia Pengarah, Yang Mulia Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

Isnin, September 27, 2010

Operasi Pemotongan Pokok di Jalan Berakas

Khamis, 23hb September 2010 - Operasi memotong pokok yang berhampiran dengan aliran tenaga elektrik telah dilakukan di Simpang 205, Jalan Berakas dengan gabungan kerjasama Jabatan Kerja Raya dan juga Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Turut membantu juga ialah Pasukan Polis Diraja Brunei cawangan Berakas.

Untuk makluman bersama, mana-mana pokok yang berada di tepi jalan besar adalah dipotong oleh Jabatan Kerja Raya dan pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik hanya mempastikan operasi pemotongan berjalan lancar dan selamat terutama apabila ianya berada berdekatan denga aliran tenaga elektrik.